PELANCARAN PROGRAM JAGUH SEKOLAH MUSIM KE-8 TAHUN 2015

9 MAC - Program Jaguh Sekolah anjuran Pusat Sumber Sekolah dan panitia-panitia mata pelajaran ini telah memasuki tahun ke-8 penganjurannya. Majlis perasmiannya telah disempurnakan pada 9 Mac 2015 oleh
En. Mohd Faris Izra b. Ismail iaitu Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Sebatu. Pertandingan ini bermula pada 9 Mac 2015 dan dijangka berakhir pada 27 Julai 2015. Pelbagai aktiviti menarik dan mencabar menanti murid-murid pada tahun ini.



Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut :

TAHAP 1



JOHAN
1.             Sebuah basikal Fixie
2.             Wang tunai RM 50.00
3.             Piala
4.             Buku cerita
5.             Sijil
NAIB JOHAN
1.             Set Catur
2.             Buku cerita

KETIGA
1.             Set Playstation
2.             Buku cerita

KEEMPAT
1.             Raket badminton
2.             Buku cerita

KELIMA
1.     Set Sahibba
2.     Buku cerita


TAHAP 2



JOHAN
1.             Sebuah basikal Fixie
2.             Wang tunai RM 50.00
3.             Pakej lawatan sambil belajar 2015
4.             Piala
5.             Buku cerita
6.             Sijil
NAIB JOHAN
1.             Set Catur
2.             Buku cerita

KETIGA
1.             Set Playstation
2.             Buku cerita

KEEMPAT
1.             Raket badminton
2.             Buku cerita

KELIMA
1.     Set Sahibba
2.     Buku cerita

HADIAH LINUS


JOHAN
Set alat tulis bernilai RM 30.00
NAIB JOHAN
Set alat tulis bernilai RM 15.00
KETIGA
Set alat tulis bernilai RM 15.00
KEEMPAT
Set alat tulis bernilai RM 15.00
KELIMA
Set alat tulis bernilai RM 15.00

klik disini untuk melihat jadual aktiviti Jaguh Sekolah 2015

Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar.

Read more...

BICARA BERSAMA PENULIS BUKU DAN PELANCARAN NILAM 2015

6 FEB- Program NILAM peringkat Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah dilancarkan dengan jayanya  pada 6 Februari 2015  bertempat di dewan Sek. Keb. Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka . Majlis pelancaran NILAM 2015 ini bermula pada pukul 10.45 pagi dan berakhir pada pukul 12.10 tengahari yang melibatkan seramai 29 orang guru dan 223 orang murid  Sek. Keb. Parit Penghulu.  Majlis ini  dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya diiringi dengan nyanyian tiga rangkaian lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Melaka Maju Jaya dan Lagu SK Parit Penghulu.  Majlis ini diteruskan lagi dengan ucapan oleh Ketua penyelaras pusat sumber SK Parit Penghulu. Beliau telah memperkenalkan konsep NILAM dan menyarankan agar semua murid SK Parit Penghulu menyemai sikap minat membaca secara berterusan bagi mencapai kecemerlangan.



Majlis pelancaran Program Nilam ini diserikan lagi dengan nyanyian lagu tema “Budaya Membaca”dan kemuncak bagi majlis pelancaran Program NILAM ini ialah ucapan perasmian dan gimik pelancaran NILAM 2015 yang telah disempurnakan oleh En. Azanil Fitri iaitu pelukis komik daripada penerbitan PTS. Beliau mengucapkan tahniah kepada Ketua penyelaras pusat sumber Sekolah kerana berjaya mengadakan Majlis Pelancaran NILAM 2015 dan mengharapkan agar semua murid mengamalkan budaya membaca kerana program NILAM ini merupakan salah satu cara untuk memupuk budaya membaca secara berterusan di kalangan murid agar menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Beliau juga tidak ketinggalan untuk menghulurkan sumbangan berupa 20 buah buku bagi melancarkan perjalanan program tersebut sepanjang tahun 2015. Pihak SKPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Azanil Fitri.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

KEJOHANAN BOLA BALING MSSM MERLIMAU 2015

2 FEB - Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah dipilih menjadi tuan rumah dalam Kejohanan Bola Baling MSSM Kawasan Merlimau untuk tahun 2015 ini. Sebanyak 12 buah sekolah telah menyertai kejohanan tersebut.
Kejohanan tersebut berlangsung selama dua hari iaitu pada 2 februari 2015 sehingga 3 Februari 2015. Pasukan lelaki dan perempuan SK Parit Penghulu telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam kejohanan tersebut. Hasilnya pasukan bola baling perempuan telah berjaya mendapat tempat ketiga setelah menewaskan pasukan dari SK Tedong dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.



Keputusan keseluruhan kejohanan tersebut seperti berikut :

Lelaki
Johan : SK Datuk Haji Baginda
Naib Johan : SK Serkam
Ketiga : SK Merlimau 2
Keempat : SK Sempang

Perempuan
Johan : SK Sungai Rambai
Naib Johan : SK Serkam Darat
Ketiga : SK Parit Penghulu
Keempat : SK Tedong


Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS 2015

26 JAN - Seramai 82 orang murid terpilih menjawat jawatan dalam majlis pelantikan pengawas pada tahun 2015 ini, Mereka terdiri daripada 34 orang pengawas sekolah, 16 orang pengawas perpustakaan, 7 orang pengawas SPBT, 7 orang pengawas siaraya dan 18 orang ketua serta penolong ketua kelas.
Majlis pelantikan ini telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Hamimah bt. Saari iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu.



Murid-murid yang terpilih ini diharapkan dapat menjadi contoh kepada murid-murid lain dari aspek disiplin serta akademiknya.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

MERENTAS DESA 2015

26 JAN - Program merentas desa anjuran unit kokurikulum SK Parit Penghulu telah dijalankan pada 26 Januari 2015 yang lalu. Semua murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 serta PPKI mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Program bermula pada jam 3.30 petang dengan aktiviti regangan dan taklimat ringkas berkaitan acara merentas desa. Seterusnya murid-murid di lepaskan mengikut kategori masing-masing iaitu :
1. Perempuan B (Tahun 3 dan Tahun 4)
2. Lelaki B (Tahun 3 dan Tahun 4)
3. Perempuan A (Tahun 5 dan Tahun 6)
4. Lelaki A (Tahun 5 dan Tahun 6)



Murid-murid melalui jalan sekitar Kampung Parit Penghulu. Antaranya jalan Taman Suria dan Parit Penghulu Benteng. Guru-guru dan murid-murid juga berpeluang melihat kehijauan sawah padi sekitar laluan merentas desa tersebut.
Program ini berakhir jam 5.30 petang dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP