KEPUTUSAN JAGUH SEKOLAH MUSIM KE-7

25 OGOS - Program penutup dan penyampaian hadiah Jaguh Sekolah Musim ke-7 telah berlangsung pada hari Isnin 25 Ogos 2014. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Amir b. Basar iaitu Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka.



BERIKUT KEPUTUSAN PENUH PROGRAM JAGUH SEKOLAH MUSIM KE-7 TAHUN 2014






Klik di sini untuk lebih banyak gambar

Read more...

JAMUAN MAKAN AMAL PIBG DAN BEKAS PELAJAR

23 OGOS - Buat julung kalinya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu berjaya mengumpulkan begitu ramai bekas pelajar dan juga mantan guru yang pernah berkhidmat di sekolah ini. Dianggarkan 400 orang tetamu hadir dalam majlis tersebut.
Program ini telah berlangsung pada 23 Ogos 2014 yang lalu bertempat di dataran SK Parit Penghulu. Persembahan Qasidah memulai acara pada malam tersebut. Ramai bekas pelajar yang ditemui begitu teruja dan gembira kerana dapat bersua muka dengan rakan-rakan lama dan sudah tentu menggamit nostalgia zaman persekolahan dahulu.



Kehadiran Datuk Hasan b. Rahman, Exco Pertanian dan Pembangunan Negeri Melaka selaku tetamu kehormat pada malam tersebut menyerikan lagi acara yang gilang-gemilang ini.
Pihak sekolah dan PIBG amat menghargai komitmen dan kerjasama semua pihak.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

PROGRAM BUBUR LAMBUK SKPP

21 JULAI - Aktiviti ini sebagai salah satu daripada medium untuk merapatkan ukhwah dan hubungan warga sekolah dengan ibu bapa bersempena dengan bulan ramadan barakah ini. Selain itu, program bubur lambuk sebagai program yang dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ibu bapa,guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu dan  dapat mengamalkan gaya hidup kemasyarakatan.

Justeru itu, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengambil satu inisiatif untuk menjayakan hasrat pengagihan bubur lambuk tersebut pada 21 Julai yang lalu. Program ini juga merupakan kolaborasi antara SK Parit Penghulu dengan pelajar-pelajar praktikum dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn.

Agihan bubur lambuk bermula jam 4.30 petang dan berakhir kira-kira jam 6.30 petang. Ramai ibu bapa dan masyarakat setempat yang hadir dalam program tersebut.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP