PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-57

16 JULAI - Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dengan kerjasama guru-guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Tun Hussein Onn (IPTHO) telah mengatur satu program sempena bulan kemerdekaan. Program pelancaran bulan kemerdekaan ini telah dilaksanakan pada 16 Julai (Rabu) bertempat di dataran perhimpunan SK Parit Penghulu. Pn. Hjh. Seniah bt. Jantan (Guru Penolong Kanan 1) telah meluangkan masa untuk merasmikan majlis pelancaran tersebut yang bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 8.10 pagi. Pada pelancaran kali ini, murid-murid dan guru-guru bersama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti "Warisan", "Tanggal 31 Ogos" dan "Jalur Gemilang".

Antara objektif program tersebut ialah :
- menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanah air, berdisiplin dan bekerjasama serta mempunyai           semangat patriotik dan cintakan negara
- menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan
- mewujudkan masyarakat berilmu dalam kalangan warga sekolah
- menanam semangat cintakan negara



Tema hari Kemerdekaan Malaysia 2014 kali ke 57 ialah “Malaysia, Disini Lahirnya Sebuah Cinta”. Tema itu dipetik daripada lirik lagu “Warisan” yang pernah dipopularkan Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Maksud tema itu juga akan memberikan kesan mendalam dan lahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati semua rakyat Malaysia.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

MOTIVASI TRANSFORMASI MENUJU KEJAYAAN

14 JULAI - Satu program motivasi dan pembentukan jati diri pelajar telah diadakan pada 14 Julai yang lalu bertempat di pusat sumber SK Parit Penghulu. Program ini di kendalikan oleh guru-guru pelatih dari Institut Perguruan Tun Hussein Onn dengan kerjasama Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).



Murid-murid didedahkan dengan teknik-teknik serta strategi yang berkesan semasa belajar. Selain itu, mereka juga dapat mengenali diri sendiri serta rakan-rakan dengan lebih dekat dan mesra.
Penceramah jemputan pada program tersebut ialah En. Nazmi b. Mohd Isa serta Pn. Siti Norlela bt. Mohd Isa dari Nazlela Trading. Beliau banyak berkongsi ilmu yang berguna untuk dimanfaatkan oleh murid-murid.
Majlis yang bermula jam 2.00 petang ini telah melabuhkan tirainya pada jam 4.30 petang.
Semoga murid-murid peroleh manfaat daripada program motivasi tersebut.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

26 JUN 2014 - Kejohanan Balapan dan Padang atau lebih dikenali sebagai sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah diadakan pada 26 Jun 2014 yang lalu iaitu hari Khamis sebelum menjelangnya Ramadhan.



Temasya pada kali ini telah menobatkan pasukan Rumah Kuning sebagai johan keseluruhan dengan pungutan 10 emas, 10 perak dan 10 gangsa.
Sebelum temasya tersebut berlangsung, unit kokurikulum telah mengadakan acara sukantara yang memerlukan semua pelajar mengambil bahagian dalam setiap acara yang dipertandingkan seperti larian 100m, 4X100m, 4X200m, lontar peluru, lempar cakera, tarik tali dan lompat tinggi. Tidak ketinggalan juga acara untuk para pegawai dan ibu bapa turut diadakan untuk memeriahkan lagi suasana temasya tersebut.
Keseluruhannya, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi dalam menjayakan temasya tersebut. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.


Klik di sini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP