MAJLIS PENUTUP PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MBSB

23 APRIL - Kerjasama korporat dan komuniti antara SK Parit Penghulu dan pihak Malaysia Building Society Berhad (MBSB) telah bermula sejak tahun 2011 lagi. Banyak sumbangan yang telah diperuntukkan untuk menjana kecemerlangan sekolah ini.
Program sepanjang empat tahun bersama MBSB ini dikenali sebagai "MBSB Over The Top-Pintar School" sememangnya memberi banyak peluang kepada Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu memperoleh pelbagai kejayaan yang cemerlang.


Antara beberapa aktiviti SK Parit Penghulu bersama-sama MBSB ialah :
1.Hari Anugerah Cemerlang 2011
2. Mesyuarat Agung PIBG 2012
3. Bercerita Sains dalam Bahasa Inggeris 2012
4. Pertandingan Battlebot Zon Selatan
5. Sambutan Hari Guru
6. Program Motivasi Guru-guru
7. Program Pintar MBSB
8. Lawatan ke Kidzania
9. Program Go Green
10. Pertandingan Bowling Kelab Keluarga
11. Jom Shopping Raya
12. Jaguh Sekolah Musim ke-6
13. English Camp

Justeru, sebagai menghargai jasa dan sumbangan yang tidak terhingga pihak MBSB ini, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu majlis penutup program sekolah angkat pintar ini pada 23 April 2014. Majlis penutupan tersebut telah disempurnakan oleh En. Nasir b. Marob iaitu Pengurus MBSB Wilayah Selatan. Terima kasih MBSB dan jumpa lagi.

Read more...

MEMBACA 10 MINIT


Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit/Let’s Read Together For 10 Minutes (LRT) merupakan langkah besar-besaran oleh Perpustakaan Awam Negeri-negeri dalam memacu masyarakat ke arah minat membaca sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dalam kehidupan masyarakat seharian.

Program ini telah dilaksanakan SECARA SERENTAK di seluruh negara pada Selasa, 22 April 2014 jam 10.00 pagi. Mengambil inspirasi dari konsep Earth Hour, pada hari berkenaan rakyat Malaysia akan BERHENTI SEBENTAR DAN MEMBACA BERSAMA-SAMA SELAMA 10 MINIT.

Program ini merupakan langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu persekolahan (school after school) dan melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama serta berkemahiran yang tinggi.


Panitia Bahasa Melayu SK Parit Penghulu telah mengambil maklum perkara tersebut dan telah turut serta menjayakannya. Semua guru dan murid telah berkumpul di dewan sekolah mengikut masa yang telah ditetapkan tersebut.

Read more...

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-40

11 APRIL - Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 pada 11 April yang lalu. Mesyuarat yang diadakan pada hari Jumaat jam 2.30 petang ini menyaksikan kehadiran ramai guru dan ibu bapa.
Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh En. Zulkifli b. Ismail iaitu wakil dari MBSB Melaka. Banyak usul dan juga sumbangan idea telah diajukan kepada pihak sekolah agar perjalanan persekolahan dapat berjalan dengan lancar.




Ahli Jawatankuasa Induk PIBG penggal 2014-2016 adalah seperti berikut :
Yang DiPertua PIBG - Tn. Hj. Ismail b. Samad
Naib Yang DiPertua PIBG - Pn. Hjh. Sarimah bt. Katimin
Setiausaha PIBG - En. Ariff Anwar b. Mustahil
Naib Setiausaha PIBG - Pn. Akmawati bt. Abdullah
Bendahari : En. Muhammad Nubaili b. Hashim Pahami

Read more...

LAWATAN MUHIBBAH DARI WONG KAM FAI, HONG KONG

10 APRIL - SK Parit Penghulu begitu bertuah kerana mendapat kunjungan para pelajar dari luar negara. Pada tahun ini, seramai 37 orang pelajar dari Wong Kam Fai Primary School, Hong Kong telah mengadakan lawatan muhibbah ke SK Parit Penghulu. Mereka yang datang bersama-sama 6 orang guru pengiring telah diberi pendedahan dan peluang untuk mencuba beberapa permainan tradisional masyarakat Malaysia.



Antara permainan tradisional yang dicuba oleh para pelajar Wong Kam Fai ini ialah ketingting, baling tin, batu seremban, galah panjang, congkak, capteh dan gasing. Mereka begitu seronok dapat mencuba permainan tradisional ini yang sudah tentunya tidak ada di Hong Kong.
Program yang berakhir sekitar jam 11.00 pagi ini di sajikan dengan beberapa persembahan lagu tradisional masyarakat Melayu seperti lagu 'Can Mali Can' dan beberapa lagu rakyat yang lain. Peserta rombongan dari Hong Kong ini juga tidak ketinggalan menyajikan satu persembahan tradisional mereka yang sungguh memukau perhatian para pelajar SKPP.
Rata-rata pelajar yang ditemui berasa begitu bertuah dan seronok kerana dapat berkenalan dan berinteraksi dengan tetamu dari Wong Kam Fai School ini.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

PERTANDINGAN DIKIR BARAT

6 APRIL - Seramai 20 orang pelajar SK Parit Penghulu telah menyertai pertandingan dikir barat bahasa Arab pada 3 April 2014 yang lalu. Pertandingan ini diadakan di MITC, Ayer Keroh Melaka sempena Karnival Pendidikan Negeri Melaka.
Panitia Pendidikan Islam telah di beri tanggungjawab untuk mengendali serta menguruskan penyertaan tersebut. Penyertaan kali pertama ini telah memberi satu pengalaman yang sangat berguna kepada semua yang terlibat terutamanya para pelajar. Pasukan dari SK Parit Penghulu berjaya mendapat tempat kelima pada penyertaan kali ini.
Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.



Klik di sini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

JEJAK MAKLUMAT KECEMERLANGAN 2014

26 MAC - Unit Kecemerlangan UPSR, Unit PSS dan Unit Bimbingan dan Kaunseling berkolaborasi menjayakan satu program yang dinamakan "Jejak Maklumat Kecemerlangan". Program ini telah dilaksanakan di taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka.
Seramai 45 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 5 dan tahun 6 menyertai aktiviti tersebut.

Aktiviti ini diwujudkan adalah untuk menyuntik kepekaan murid-murid Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu tentang pentingnya amalan membaca, mengenalpasti teknik-teknik menjawab soalan UPSR yang betul dan mengeratkan hubungan antara sesama rakan.



Objektif program ini adalah untuk :
1. Membina minda murid yang sihat dengan matlamat untuk membantu penguasaan ilmu agar dapat menghasilkan murid-murid yang celik maklumat.
2. Mewujudkan kecenderungan dan minat yang mendalam tentang bahan bacaan.
3.  Mencungkil bakat murid dalam bidang penulisan dan mengenalpasti sumber rujukan yang betul

Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh semua peserta seperti 

Teknik menjawab soalan mengikut subjek Bahasa Melayu, Sains, Matematik, Bahasa Inggeris, Fear Factor, Group Walk Challange, Paintball game serta merempuh halangan.

Semua pelajar mendapat pengalaman yang berharga semasa menghadiri program tersebut.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.


Read more...

PELANCARAN JAGUH SEKOLAH MUSIM KE-7

17 MAC 2014 - Pusat Sumber Sekolah (PSS) dengan kerjasama panitia-panitia mata pelajaran sekali lagi mengadakan program Jaguh Sekolah untuk tahun 2014 ini. Pada tahun ini, program sebegini telah memasuki musim yang ketujuh.


Majlis perasmiannya telah diadakan pada 17 Mac 2014 yang lalu bertempat di dataran perhimpunan. Encik Zawawi b. Mohamad iaitu Naib yang DiPertua PIBG telah merasmikan pembukaan program tersebut. Pihak PIBG juga telah menghulurkan sumbangan RM 200. 00 untuk menampung perbelanjaan aktiviti tersebut.
Hadiah-hadiah yang ditawarkan pada musim ini adalah seperti berikut :


TAHAP 1



JOHAN
1.             Sebuah set “tablet”
2.             Wang tunai RM 50.00
3.             Piala
4.             Kamus
5.             Sijil
NAIB JOHAN
1.             Kereta kawalan jauh
2.             Kamus dwibahasa

KETIGA
1.             Set Playstation
2.             Kamus tribahasa

KEEMPAT
1.             Set jam tangan
2.             Kamus peribahasa

KELIMA
1.     Set Sahibba


TAHAP 2



JOHAN
1.     Sebuah set “Tablet”
2.     Wang tunai RM 50.00
3.     Pakej lawatan sambil belajar
4.     Piala
5.     Kamus
6.     Sijil
NAIB JOHAN
1.             Kereta kawalan jauh
2.             Kamus dwibahasa

KETIGA
1.     Set Playstation
2.     Kamus tribahasa

KEEMPAT
1.             Set jam tangan
2.             Kamus peribahasa

KELIMA
1.     Set Sahibba


Semua murid diminta mengambil bahagian.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

TEMPAT KETIGA BOLA BALING MSSM MERLIMAU

19 MAC - Pasukan bola baling lelaki SK Parit Penghulu telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Baling MSSM Kawasan Merlimau yang telah diadakan pada 1- Mac hingga 19 Mac 2014 yang lalu.
Kejohanan ini telah dilangsungkan di padang Sekolah Kebangsaan Serkam Darat, Merlimau. Penentuan tempat ketiga dan keempat menyaksikan SKPP berjaya menewaskan SK Parit Gantong dengan jaringan
6-3.



Berikut ialah keputusan perlawanan tersebut.
1. SKPP lwn SK Sungai Rambai (2-2)
2. SKPP lwn SK Sebatu (0-0)

Suku akhir
SKPP lwn SK Sempang (6-4)

Separuh akhir
SKPP lwn SK Pulai (1-2)

Penentuan tempat ketiga dan keempat
SKPP lwn SK Parit Gantong (6-3)

Tahniah kepada para peserta yang terlibat.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP