MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013

2 OGOS 2013 - Panitia Pendidikan Islam SKPP telah mengadakan majlis khatam Al-Quran pada minggu terakhir Ramadhan yang lalu bertempat di surau SK Parit Penghulu. Program ini merupakan acara kemuncak setelah berlangsungnya Tadarrus Al-Quran bermula awal Ramadhan yang lalu. Sepanjang bulan Ramadhan ini, murid-murid dan guru-guru bersama-sama membaca Al-Quran.



Selain program Khatam Al-Quran, majlis tersebut juga dimeriahkan dengan penyampaian hadiah seperti penyampaian cenderahati kepada murid-murid yang berjaya khatam Al-Quran serta cenderahati kepada ketua-ketua tadarus Al-Quran sepanjang Ramadhan. Terdapat juga penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam percubaan UPSR yang baru sahaja selesai. Hadiah-hadiah kepada para pemenang kuiz Nuzul Al-Quran juga disampaikan pada acara tersebut.
Kemuncak program itu ialah pemberian kurma dan duit raya kepada semua murid SKPP.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

MEMBELI-BELAH AIDILFITRI BERSAMA MBSB

1 OGOS 2013 - MBSB yang merupakan bapa angkat kepada SK Parit Penghulu telah sudi menghulurkan sumbangan kepada 20 orang murid yang terpilih untuk memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Kesemua murid tersebut diberi peluang memilih dan membeli pakaian Hari Raya Aidilfitri di Pasar Raya Mydin Jasin pada 1 Ogos yang lalu.



Murid-murid yang terpilih merupakan golongan anak-anak yatim dan kurang berkemampuan. Seramai lima orang guru yang turut serta mengiringi program tersebut. Program sebegini merupakan satu tanggungjawab sosial dan sebagai salah satu tanda keharmonian antara pihak sekolah dan badan korporat. Jelas terpancar kegembiraan pada riak muka para pelajar yang menerima bantuan tersebut. Mereka mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak MBSB yang sudi menghulurkan sumbangan untuk perayaan Aidilfitri pada tahun ini.
Pihak sekolah juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP