PELANCARAN KELAB MY RUKUN NEGARA

20 MEI - Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu dibawah kelolaan Kelab Rukun Negara telah melancarkan program "My Rukun Negara" pada 20 Mei 2013. Pelancaran majlis tersebut telah diadakan di tapak perhimpunan SKPP dan dirasmikan oleh Puan Hamimah bt. Sa'ari iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu.


Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang Ke-13. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
Sebagai simbolik perasmian majlis tersebut, guru besar telah memakaikan  badge rukun negara kepada lima orang wakil ahli kelab tersebut. Semoga dengan pelancaran kelab ini dapat mengukuhkan ikatan perpaduan antara semua kaum yang terdapat di Malaysia.

Read more...

SAMBUTAN HARI GURU 2013

16 MEI - Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.




Justeru itu, pihak SKPP mengambil inisiatif untuk sama-sama meraikan hari bertuah tersebut pada tanggal yang sama untuk tahun 2013 ini. Pelbagai acara dilangsungkan seperti nyanyian, sukaneka membina Mummy, menyusun batu-bata, bertukar-tukar hadiah dan banyak lagi aktiviti yang menarik.
Pihak sekolah juga tidak lupa menjemput mantan guru-guru yang pernah berkhidmat di sekolah ini walaupun mereka telah bersara. Kehadiran tetamu-tetamu ini dapat memeriahkan lagi majlis serta mengembalikan nostalgia silam berkaitan perkhidmatan perguruan yang mereka sayangi.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP