JAMUAN RAYA AIDILFITRI 2012

14 September 2012 - Semua warga SK Parit Penghulu meraikan sambutan Aidilfitri dengan penuh meriah. Majlis dimulai dengan aktiviti bersalawat dan marhaban di perkarangan kantin SKPP.
Murid-murid dan guru-guru membawa pelbagai juadah untuk dinikmati bersama. Suasana perayaan sememangnya dirasai dengan aluan lagu raya yang dikumandangkan oleh juruhebah yang bertugas pada hari tersebut.



Antara juadah yang disediakan dalam majlis tersebut seperti sate, ketupat, rendang, aiskrim, kuih-muih dan sebagainya. Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk mengeratkan silaturrahim antara warga SKPP.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

LAWATAN KE ZOO MELAKA

11 September 2012 - Sempena berlangsungnya UPSR pada 11 - 13 September 2012, pihak sekolah mengambil inisiatif membawa para pelajar Tahap 1 dan Tahap 2 mengikuti lawatan ke Zoo Melaka.

Program lawatan ini diadakan supaya murid-murid khususnya para pelajar Tahap 1 dan Tahap 2 dapat memperoleh ilmu dan pembelajaran di luar bilik darjah. Selain itu juga bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang alam sekitar.
Program sebegini bertujuan membina minda murid yang sihat dengan matlamat untuk membantu penguasaan ilmu agar dapat menghasilkan murid-murid yang celik maklumat. Selain itu, program tersebut dapat mewujudkan kecenderungan dan minat yang mendalam tentang persekitaran yang jauh daripada tempat tinggal pelajar.


Murid-murid yang mengikuti rombongan tersebut begitu gembira dapat melihat dan mempelajari kehidupan haiwan secara lebih dekat.

Read more...

PROGRAM CERIA MERDEKA


Kini tercapainya 55  tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Lihatlah, betapa aman dan harmoninya masyarakat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah bersyukur dengan apa yang dikecapi kini. Sebagai mengecapi rasa bangga menjadi rakyat Malaysia, pihak Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah mengadakan pelbagai aktiviti berunsurkan kemerdekaan Malaysia bagi melahirkan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan murid-murid.


Selain itu, sambutan kemerdekaan ini diadakan setiap tahun adalah bermatlamat untuk memupuk semangat cintakan tanah air dan mengenangkan jasa pemimpin terdahulu dalam usaha untuk membebaskan Malaysia daripada penjajah. Justeru itu, pihak sekolah telah menganjurkan pelbagai sepanjang bulan Ogos seperti nyanyian lagu patriotik, pertandingan teka wajah, pertandingan kelas patriotik serta pertandingan mewarna.

Klik disini untuk lebih banyak gambar


Read more...

KHATAM AL-QURAN

15 OGOS 2012 - Panitia Pendidikan Islam SK Parit Penghulu telah mengambil satu inisiatif yang baik untuk menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan penyampaian bantuan raya untuk pelajar-pelajar SKPP. Program tersebut dimulai pada jam 10.40 pagi dengan majlis Khatam Al-Quran di surau SKPP. Kemudian disusuli dengan pemberian sumbangan kepada para pelajar Tahun Enam yang mendapat A dalam percubaan UPSR yang lalu. Anak-anak yatim juga diberi bantuan dan sumbangan untuk persiapan Aidilfitri.




Kemuncak majlis tersebut ialah pemberian duit raya kepada semua pelajar dan diakhiri dengan bermaaf-maafan antara seluruh warga kerja SKPP.
Salam Aidilfitri.
Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

MAJLIS SAMBUTAN BULAN RAMADHAN

Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu mengambil inisiatif untuk mengadakan program berbentuk keagamaan bagi menambah ilmu pengetahuan khususnya kepada para pelajar SK Parit Penghulu.
Program tersebut diadakan pada 20 Julai 2012 yang lalu. Antara pengisian program tersebut ialah gotong-royong menyediakan juadah seperti nasi beriani dan lauk-pauk. Guru-guru dan staf-staf sokongan bersama-sama memasak dan menyiapkan hidangan untuk warga SK Parit Penghulu.



Majlis tersebut dimulai dengan bacaan Yaasin pada awal pagi. Kemudian disusuli dengan jamuan perdana pada waktu rehat. Majlis seterusnya ialah ceramah Ramadhan yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Ayob b. Awaf.
Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

MAJLIS PERSARAAN PN. HJH. NORFIAH BT. ABD. HAMID

Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu kehilangan seorang lagi guru yang berdedikasi apabila telah menamatkan perkhidmatannya pada 3 Ogos 2012. Guru yang dimaksudkan ialah Pn. Hjh. Norfiah bt. Abd. Hamid iaitu Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Parit Penghulu.
Pn. Hjh. Norfiah dilahirkan pada 5 Ogos 1956 di Kampung Sempang, Merlimau, Melaka. Mendapat pendidikan awal di Merlimau English School (1963-1968) dan melanjutkan pengajian menengah di Sekolah dang Anum pada tahun 1969 hingga 1974. Beliau meneruskan pengajiannya di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak pada tahun 1976 hingga 1977 dalam bidang Pendidikan Inggeris dan Pendidikan Seni. Pada 20 November 1981, beliau mendirikan rumahtangga bersama hj. Abdul rahman b. Ibrahim dan dikurniakan 5 orang cahaya mata.



Beliau pernah berkhidmat di Sekolah Tun Perak Jasin, SK Sempang Bekoh, Sekolah Iskandar Shah, SMK Seri mahkota, SK Sebatu, SK Merlimau, SK Batu Gajah dan SK Parit Penghulu.
Pihak sekolah mengucapkan selamat bersara dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik.
Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP