PERTANDINGAN BATTLEBOT ZON SELATAN

26 Sept - Dua orang pelajar SK Parit Penghulu telah berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Battlebot Pintar Zon Selatan. Kedua-dua pelajar yang dimaksudkan ialah KHAIRUL AIMAN BIN MOHAMMAD YASIN dan MUHAMMAD IKMAL BIN OTHMAN serta seorang guru pengiring iaitu En. Ariff Anwar b. Mustahil. Para pelajar ini mewakili SKPP dalam pertandingan Battlebot yang diadakan pada 26 hingga 27 September yang lalu. lokasi pertandingan pada tahun ini ialah di 11@Century Hotel, Johor Bahru.
Para pelajar ini mula melaporkan diri di 11@Century Hotel pada jam 12.00 tengahari. Seterusnya ada sesi taklimat LEGO (Transporter), sesi pembinaan "Chassis & Bumper Transporter" dan "Pertandingan Transporter Challange".



Pada hari kedua pula menyaksikan pertandingan sengit dalam sesi "Kcock-Out Stage". Kedua-dua pelajar SK Parit Penghulu telah memenangi pertandingan peringkat kumpulan. Namun begitu, mereka tersungkur pada pusingan kalah mati. Pihak sekkolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar yang berkenaan.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

JAMUAN RAYA AIDILFITRI 2012

14 September 2012 - Semua warga SK Parit Penghulu meraikan sambutan Aidilfitri dengan penuh meriah. Majlis dimulai dengan aktiviti bersalawat dan marhaban di perkarangan kantin SKPP.
Murid-murid dan guru-guru membawa pelbagai juadah untuk dinikmati bersama. Suasana perayaan sememangnya dirasai dengan aluan lagu raya yang dikumandangkan oleh juruhebah yang bertugas pada hari tersebut.



Antara juadah yang disediakan dalam majlis tersebut seperti sate, ketupat, rendang, aiskrim, kuih-muih dan sebagainya. Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk mengeratkan silaturrahim antara warga SKPP.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

LAWATAN KE ZOO MELAKA

11 September 2012 - Sempena berlangsungnya UPSR pada 11 - 13 September 2012, pihak sekolah mengambil inisiatif membawa para pelajar Tahap 1 dan Tahap 2 mengikuti lawatan ke Zoo Melaka.

Program lawatan ini diadakan supaya murid-murid khususnya para pelajar Tahap 1 dan Tahap 2 dapat memperoleh ilmu dan pembelajaran di luar bilik darjah. Selain itu juga bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang alam sekitar.
Program sebegini bertujuan membina minda murid yang sihat dengan matlamat untuk membantu penguasaan ilmu agar dapat menghasilkan murid-murid yang celik maklumat. Selain itu, program tersebut dapat mewujudkan kecenderungan dan minat yang mendalam tentang persekitaran yang jauh daripada tempat tinggal pelajar.


Murid-murid yang mengikuti rombongan tersebut begitu gembira dapat melihat dan mempelajari kehidupan haiwan secara lebih dekat.

Read more...

PROGRAM CERIA MERDEKA


Kini tercapainya 55  tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Lihatlah, betapa aman dan harmoninya masyarakat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah bersyukur dengan apa yang dikecapi kini. Sebagai mengecapi rasa bangga menjadi rakyat Malaysia, pihak Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah mengadakan pelbagai aktiviti berunsurkan kemerdekaan Malaysia bagi melahirkan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan murid-murid.


Selain itu, sambutan kemerdekaan ini diadakan setiap tahun adalah bermatlamat untuk memupuk semangat cintakan tanah air dan mengenangkan jasa pemimpin terdahulu dalam usaha untuk membebaskan Malaysia daripada penjajah. Justeru itu, pihak sekolah telah menganjurkan pelbagai sepanjang bulan Ogos seperti nyanyian lagu patriotik, pertandingan teka wajah, pertandingan kelas patriotik serta pertandingan mewarna.

Klik disini untuk lebih banyak gambar


Read more...

KHATAM AL-QURAN

15 OGOS 2012 - Panitia Pendidikan Islam SK Parit Penghulu telah mengambil satu inisiatif yang baik untuk menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan penyampaian bantuan raya untuk pelajar-pelajar SKPP. Program tersebut dimulai pada jam 10.40 pagi dengan majlis Khatam Al-Quran di surau SKPP. Kemudian disusuli dengan pemberian sumbangan kepada para pelajar Tahun Enam yang mendapat A dalam percubaan UPSR yang lalu. Anak-anak yatim juga diberi bantuan dan sumbangan untuk persiapan Aidilfitri.




Kemuncak majlis tersebut ialah pemberian duit raya kepada semua pelajar dan diakhiri dengan bermaaf-maafan antara seluruh warga kerja SKPP.
Salam Aidilfitri.
Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

MAJLIS SAMBUTAN BULAN RAMADHAN

Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu mengambil inisiatif untuk mengadakan program berbentuk keagamaan bagi menambah ilmu pengetahuan khususnya kepada para pelajar SK Parit Penghulu.
Program tersebut diadakan pada 20 Julai 2012 yang lalu. Antara pengisian program tersebut ialah gotong-royong menyediakan juadah seperti nasi beriani dan lauk-pauk. Guru-guru dan staf-staf sokongan bersama-sama memasak dan menyiapkan hidangan untuk warga SK Parit Penghulu.



Majlis tersebut dimulai dengan bacaan Yaasin pada awal pagi. Kemudian disusuli dengan jamuan perdana pada waktu rehat. Majlis seterusnya ialah ceramah Ramadhan yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Ayob b. Awaf.
Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

MAJLIS PERSARAAN PN. HJH. NORFIAH BT. ABD. HAMID

Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu kehilangan seorang lagi guru yang berdedikasi apabila telah menamatkan perkhidmatannya pada 3 Ogos 2012. Guru yang dimaksudkan ialah Pn. Hjh. Norfiah bt. Abd. Hamid iaitu Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Parit Penghulu.
Pn. Hjh. Norfiah dilahirkan pada 5 Ogos 1956 di Kampung Sempang, Merlimau, Melaka. Mendapat pendidikan awal di Merlimau English School (1963-1968) dan melanjutkan pengajian menengah di Sekolah dang Anum pada tahun 1969 hingga 1974. Beliau meneruskan pengajiannya di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak pada tahun 1976 hingga 1977 dalam bidang Pendidikan Inggeris dan Pendidikan Seni. Pada 20 November 1981, beliau mendirikan rumahtangga bersama hj. Abdul rahman b. Ibrahim dan dikurniakan 5 orang cahaya mata.



Beliau pernah berkhidmat di Sekolah Tun Perak Jasin, SK Sempang Bekoh, Sekolah Iskandar Shah, SMK Seri mahkota, SK Sebatu, SK Merlimau, SK Batu Gajah dan SK Parit Penghulu.
Pihak sekolah mengucapkan selamat bersara dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik.
Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

KEJOHANAN SUKAN DAN BALAPAN 2012

12 JULAI 2012 - Unit Kokurikulum SKPP telah mengadakan Kejohanan Sukan dan Balapan bermula 2 Julai hingga 12 Julai 2012. Aktiviti sukantara merupakan aktiviti pertama kejohanan tersebut iaitu pada 2 dan 3 Julai manakala acara akhir padang dilangsungkan pada 9 dan 10 Julai. Kemuncak kejohanan tersebut telah dilangsungkan pada 12 Julai (Khamis) bermula jam 2.00 petang hingga 6.00 petang.
Aktiviti yang dipertandingkan pada temasya tersebut ialah 100m, 200m, 4X110m, lempar cakera, lontar peluru, lompat jauh dan lompat tinggi mengikut kategori tertentu.
Ramai ibu bapa yang hadir pada program tersebut dan ini secara tidak langsung menunjukkan komitmen masyarakat setempat dengan pihak sekolah dan guru-guru khasnya.



Keputusan penuh seperti berikut :
JOHAN : RUMAH MERAH
NAIB JOHAN : RUMAH BIRU
KETIGA : RUMAH HIJAU
KEEMPAT : RUMAH KUNING

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan temasya tersebut.
Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

KEPUTUSAN JAGUH SEKOLAH 2012

9 JULAI 2012 - Setelah mengharungi pertandingan Jaguh Sekolah selama 4 bulan, murid-murid yang berjaya telah diraikan dalam satu majlis penyampaian hadiah yang gilang-gemilang. Majlis tersebut berlangsung pada 9 Julai 2012 (Isnin) dan telah dirasmikan dengan jayanya oleh En. Nasir b. Marob iaitu Penolong Pengurus MBSB Wilayah Selatan. Selain itu, pihak sekolah juga telah menjemput En. Zulkifly b. Mansor, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Sebatu untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut.
Aktiviti Jaguh Sekolah ini dianjurkan oleh pusat sumber sekolah dengan sokongan dan kerjasama semua panitia matapelajaran.


Pelbagai hadiah telah disampaikan kepada pelajar yang berjaya seperti sebuah telefon bimbit, wang tunai RM 100, kereta kawalan jauh, pakej melancong ke Terengganu dan sebagainya.
Pemenang Keseluruhan Jaguh sekolah musim ke-5 ialah :
1. Johan PPKI KSSR - MUHAMMAD NOREMAN B. AHMAD AFANDI
2. Johan PPKI KBSR - KHAIRUL ISKANDAR B. KAMARUDIN
3. Johan Tahap 1 - JASLINA BT. SUJAK
4. Johan Tahap 2 - NURFARAHANA HANANI BT. LAILAN

Keputusan penuh, sila klik disini

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

MAJLIS PERSARAAN PN. MARIYAM

28 Jun 2012 (Khamis) - Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah kehilangan seorang lagi pendidik berjiwa besar apabila seorang guru telah menamatkan perkhidmatannya dalam dunia pendidikan. Guru yang dimaksudkan itu ialah Pn. Mariyam bt. Haris iaitu Guru Prasekolah SKPP.
Beliau telah bersara wajib pada 29 Jun 2012. Justeru itu, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis khas untuk mengenang sejarah perkhidmatan beliau. Majlis tersebut telah berlangsung pada 28 Jun 2012 di dewan utama SKPP. Pada hari terakhir pekhidmatannya, Pn. Mariyam telah berkongsi pelbagai cerita suka dan duka sepanjang perkhidmatan beliau.


Guru-guru dan seluruh warga SKPP mengucapkan selamat bersara dan mendoakan kesihatan yang baik untuk Pn. Mariyam bt. Haris. Selamat bersara.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

MOTIVASI GURU BERSAMA MBSB


23 Jun 2012 - Pihak MBSB yang merupakan bapa angkat kepada SK Parit Penghulu telah bermurah hati menganjurkan satu sesi motivasi guru-guru bertempat di Philea Resort & Spa Ayer Keroh Melaka. Program yang julung-julung kali ini diadakan untuk memberikan pengetahuan baharu kepada guru-guru serta menjalinkan semangat muhibbah antara kakitangan SKPP serta MBSB.
Semua guru telah mengikuti program motivasi tersebut yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Guru-guru dan para peserta program tersebut didedahkan dengan pelbagai maklumat terkini berkaitan dunia pendidikan serta aspek pengurusan untuk penambahbaikan seluruh warga SKPP terutamanya penningkatan kecemerlangan pelajar.

Read more...

MAJLIS PERSARAAN PN. HJH. NORHAYATI BT. ABU BAKAR

SK Parit Penghulu telah kehilangan seorang permata yang bersinar kerana telah bersara wajib daripada perkhidmatan awam. Tokoh yang dimaksudkan ialah Pn. Hjh. Norhayati bt. Hj. Abu Bakar iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu. Beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 36 tahun bermula pada 1976 di SMK Dato Taha Talib, Negeri Sembilan. Perkhidmatan beliau diteruskan ke SMK Datuk Rahman Yaakub pada tahun 1982, seterusnya bertugas di SMK Seri Mahkota, Merlimau pada tahun 1987 sebelum ke SK Merlimau 2 pada tahun 1996. Perkhidmatan beliau diteruskan lagi untuk menabur jasa dan bakti di SK Merlimau 1 pada tahun 1997. Pada tahun 2001, beliau dilantik menjadi GPK Kokurikulum di SK Jasin dan kemudiannya sebagai GPK HEM serta GPK Kurikulum di SK Merliamu 1 bermula tahun 2002. Pada tanggal 1.4.2009, Pn. Hjh. Norhayati mula berkhidmat sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu. Beliau mula bersara pada tarikh 8 Jun 2012.



Pihak SKPP telah mengadakan dua majlis khas untuk meraikan persaraan beliau iaitu pada 24 Mei bersama para pelajar manakala 12 Jun bersama guru-guru serta kakitangan perkhidmatan awam yang lain. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis tersebut terutamanya para penyumbang serta kakitangan SK Parit Penghulu.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

KEJOHANAN RAGBI MSSM MELAKA

Pasukan SKPP telah sekali lagi menyertai Kejohanan Ragbi Sentuh MSSM Melaka 2012. Kejohanan pada tahun ini telah dilangsungkan di Sekolah Kebangsaan Paya Rumput pada 19 Mei 2012. Seramai 12 orang pelajar SKPP menyertai pasukan ragbi tersebut. Pasukan kendalian En. Abd. Latif dan En. Mohd Bukhairy ini akhir telah mendapat tempat keempat keseluruhan setelah memenangi beberapa perlawanan.



Lebih menarik lagi, dua orang pelajar SK Parit Penghulu iaitu Mohd Buhairi b. Monjani dan Mohd Solehin telah terpilih untuk menyarung jersi pasukan Melaka ke peringkat kebangsaan yang akan dilangsungkan di Negeri Sembilan. Semoga berjaya dan tahniah kepada semua yang terlbat.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

SAMBUTAN HARI GURU 2012

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2012 telah diadakan di persekitaran SK Parit Penghulu pada 16 Mei yang lalu. Pelbagai acara menarik diadakan antaranya sukaneka seperti boling kelapa, mengisi air dalam botol, balingan gelung sebagainya.Guru-guru telah dibahagikan kepada empat kumpulan kecil untuk setiap sukaneka tersebut. Semua guru dan kakitangan berasa sungguh teruja dengan sambutan tersebut.



Sambutan pada tahun ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran 13 orang pengurus MBSB Wilayah Selatan yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama meraikan program tersebut. Para pegawai MBSB menghadiahkan sekuntum bunga untuk seorang guru dan sebiji kek hari guru sebagai simbolik sambutan pada tahun ini. Pihak MBSB yang merupakan bapa angkat kepada SKPP juga tidak keberatan menghulurkan sumbangan RM 1,000.00 untuk majlis Hari Guru 2012 ini. Pihak PIBG juga telah membiayai program tersebut dengan menghulurkan sumbangan sebanyak RM 200.00.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya MBSB, PIBG dan Kelab Keluarga SKPP.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

ACTION SONG

Pertandingan Action Song telah diadakan pada 2 Mei 2012 yang lalu bertempat di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1. Seramai 15 orang pelajar SK Parit Penghulu menyertai pertandingan tersebut. Wakil SKPP menampilkan dua buah persembahan iaitu "Animals Kingdom" dan "Birds and Insect".




Penyertaan SKPP pada kali pertama ini berjaya membuahkan hasil apabila berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan dan sekaligus layak ke pertandingan akhir peringkat negeri Melaka yang telah berlangsung pada 17 Mei 2012. Wakil SKPP hanya mendapat saguhati dalam pertandingan Action Song peringkat akhir negeri Melaka. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Panitia Bahasa Inggeris SKPP.

Read more...

PERTANDINGAN BATTLEBOT

Pertandingan Battlebot merupakan pertandingan robotik di mana pelajar akan menggunakan kreativiti dan pengetahuan Sains, Matematik dan Teknologi mereka untuk menghasil dan membina robot terkuat menggunakan teknologi LEGO. Pertandingan ini mengkehendaki pelajar untuk membina robot terkuat yang boleh bersaing dengan robot-robot lain.


Program ini telah berlangsung di SK Parit Penghulu pada 5 April 2012 (Khamis) yang lalu bertempat di dewan SKPP. Seramai 32 orang pelajar dari Tahun 3, Tahun 4 dan tahun 5 telah mengambil bahagian.
Peserta akan membina dan mengubahsuai robot mengikut citarasa masing-masing berdasarkan kreativiti mereka dan akan beradu kekuatan dengan kumpulan lain. Tujuannya adalah bagi memastikan pelajar menggunakan kreativiti dan pengetahuan mereka untuk mereka dan membina robot PINTAR BattleBot menggunakan komponen LEGO, dan mengubahsuainya dengan strategi kreatif mereka tersendiri. Robot terakhir yang berdiri teguh setelah bertanding dengan robot lain akan memenangi pertandingan ini.


Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

PENGAMBILAN SAMPEL DNA

Pada 2 April 2012, satu projek khas pengambilan sampel DNA pelajar telah diadakan di bilik kesihatan SKPP. Projek ini ditaja sepenuhnya oleh Syarikat Gesundheit Sdn. Bhd.atau lebih dikenali sebagai ECPI yang akan membekalkan produk IQ Max kepada semua pelajar Tahun Enam SKPP yang menyertainya.
Sampel darah dan rambut mereka telah diambil untuk tujuan ujian makmal yang telah dilakukan oleh dua orang doktor yang didatangkan khas dari Syarikat De One Elektronik Medication Hospital Sdn. Bhd.
Setiap bulan pelajar akan dibekalkan dengan produk IQ Max yang boleh merangsang minda dan kebolehan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.




ECPI IQ Max adalah makanan minda yang dihasilkan dengan menggunakan inovasi teknologi  “spacetime” yang mengandungi ribuantenaga gelombang dari bahan-bahan yang telah di perakui keberkesanannya merangsang fungsi otak. 
Simptom-simptom yang menunjukkan  otak memerlukan tenaga tambahan. 
Perasaan gementar,cemas dan bimbang.
Lemah daya ingatan dan malas.
Kurang keyakinan diri.
Bersifat pesimis dan negatif
Mudah lupa dan rasa jemu.
Selalu letih dan tidak bertenaga.
Serabut fikiran dan kelesuan otak.
Kurang daya tumpuan.
Sering diganggu kesedihan tidak menentu.
Pihak SKPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada ECPI yang sudi menaja projek tersebut.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

KEJOHANAN BOLA BALING MSSM MERLIMAU

Pasukan SKPP yang telah lama menyepikan diri dalam permainan bola baling telah menghantar dua pasukan untuk menyertai Kejohanan Bola Baling MSSM Merlimau pada tahun 2012 ini. Kejohanan pada tahun ini diadakan pada 26 dan 27 Mac 2012 bertempat di SK Serkam Darat.
Pasukan bola baling lelaki hanya sempat beraksi pada peringkat kumpulan sahaja, manakala pasukan perempuan telah layak ke peringkat separuh akhir setelah mengalahkan beberapa pasukan dari sekolah-sekolah Kawasan Merlimau.



Namun begitu, pasukan perempuan terkandas pada peringkat separuh akhir dan hanya berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan. Penentuan tempat ketiga dan keempat menyaksikan pasukan SKPP telah kecundang ditangan pasukan SK Serkam Darat dengan 1-3.
Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

PERTANDINGAN BERCERITA SAINS

SK Parit Penghulu telah terpilih menjadi tuan rumah Pertandingan Bercerita Sains Dalam Bahasa Inggeris peringkat Kawasan Merlimau pada tahun 2012. Program ini diadakan pada 27 Mac 2012 bertempat di Pusat Sumber SK Parit Penghulu. Sebanyak 16 buah sekolah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. 
Objektif pertandingan sebegini diadakan untuk :

<!--[if !supportLists]-->a.   <!--[endif]-->Memupuk minat murid terhadap Sains.
<!--[if !supportLists]-->b.   <!--[endif]-->Mempertingkat kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris.
<!--[if !supportLists]-->c.   <!--[endif]-->Mempertingkat keyakinan murid untuk menyampaikan idea.
d.   Mempertingkat kreativiti murid dan guru.


Senarai pemenang seperti berikut :
Johan : SK Sungai Rambai
naib Johan : SK Seri Machap
Ketiga : SJK (T) Ladang Bukit Asahan
Keempat : SK Datuk Haji Baginda
Kelima : SK Parit Penghulu

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

MAJLIS PELANCARAN GURU PENYAYANG

Program ini bertujuan menonjolkan kasih sayang guru-guru terhadap para pelajar dengan cara menyambut kehadiran pelajar seawal 6.45 pagi. Guru-guru akan beratur di depan pagar sekolah meraikan kedatangan pelajar pada hari itu sambil mengucapkan terima kasih kerana hadir. Guru-guru juga akan membetulkan tali leher ataupun pakaian pelajar jika tidak kemas sebagai tanda ambil berat & sayangnya guru pada anak murid. Setiap pelajar akan bersalam dengan guru.  Begitu juga waktu pulang, guru-guru akan beratur di pagar sebagai tanda menghantar pelajar pulang sambil mengingatkan pelajar agar hadir ke sekolah pada hari esoknya.


Pelajar tercengang-cengang melihat apa yang berlaku pagi ni kerana  biasa yang menyambut mereka ialah guru disiplin dengan rotannya bersama pengawas. Mereka tertanya-tanya apa jadi guru-guru hari ni , sangat baik menyamput mereka datang. Sebenarnya, program ini bertujuan meningkatkan sifat kepedulian guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikao mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
SK Parit Penghulu telah melancarkan Program Guru Penyayang pada 2 April 2012 bertempat di tapak perhimpunan SKPP. Pada majlis tersebut, murid-murid dan guru-guru yang dilahirkan pada bulan Januari, Febuari dan Mac telah diraikan oleh seluruh warga sekolah. Disamping itu, mereka juga diberikan beberapa saguhati sebagai tanda sayang dan kasihnya warga sekolah terhadap murid dan pelajar.
Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM MERLIMAU

Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Kawasan Merlimau telah diadakan pada 20 hingga 22 Mac 2012 bertempat di SMK Sungai Rambai, Melaka.Sebanyak 26 buah sekolah menyertai kejohanan tersebut yang mempertandingkan pelbagai jenis acara seperti 100 meter, 200 meter, 4X100 meter, lempar cakera, lontar peluru dan sebagainya.
SKPP juga tidak terkecuali untuk menghantar kontinjen yang terdiri daripada para atlet sekolah yang telah berjaya mendapat pingat dan juga memberi saingan kepada atlet-atlet lain yang bertanding.
Dalam temasya tersebut, pasukan SKPP menduduki tangga ke-3 keseluruhan dibelakang SK Pulai (Johan) dan SK Merlimau 1 (Naib Johan). Selain itu, SKPP juga berjaya mendapat tempat ke-3 acara perbarisan.



Keputusan penuh adalah seperti berikut :
1. Tempat ke-3 keseluruhan

2. Johan
- 200m (L) - Mohd Faiz b. Kamal
- Lempar cakera (P) - Khairun Najah bt. Asran(16.00m)
- Lompat jauh (L) - Muhammad Nur Faizuddin b. Nazaruddin (3.76m)

3. Naib Johan
- 100m (L) - Muhammad Faiz b. Kamal

Tahniah kepada semua yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya boleh teruskan usaha anda pada temasya akan datang.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

PROGRAM JEJAK MAKLUMAT 2012

Seramai 36 orang pelajar Tahun Enam telah dibawa ke Taman Botanikal, Ayer Keroh untuk satu program khas yang dinamakan Program Jejak Maklumat. Program yang dianjurkan oleh Unit Kecemerlangan SKPP dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah ini telah diadakan pada 12 hingga 13 Mac 2012 iaitu awal cuti persekolahan tahun 2012.
Dalam program tersebut, para pelajar berpeluang menimba ilmu pengetahuan dan mendapat pengalaman baharu tentang teknik-teknik serta strategi yang baik untuk mencapai kecemerlangan terutamanya dalam UPSR 2012. Guru-guru pakar dan berpengalaman telah dijemput khas untuk menjayakan program tersebut.



Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
1. Teknik menjawab soalan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
2. Orienteering
3. Nightwalk
4. Paintball game

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN KAWASAN MERLIMAU

SK Parit Penghulu telah terpilih sekali lagi sebagai tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran Kawasan Merlimau. Majlis tersebut telah berlangsung pada 7 Mac 2012. Beberapa acara telah diadakan seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan dan bercerita.
Seramai 108 orang pelajar sekitar Kawasan Merlimau telah mengambil bahagian dalam temasya tersebut yang terdiri daripada 21 buah sekolah. Sambutan dan kemeriahan majlis tersebut dirasai oleh segenap warga SKPP.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah temasya tersebut telah disempurnakan oleh en. Arif b. Hj. Omar iaitu Penghulu DUN Sungai Rambai.
Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.



Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

PELANCARAN PROGRAM JAGUH SEKOLAH MUSIM KE-5

Unit Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan gabungan panitia mata pelajaran sekali lagi menganjurkan pertandingan Jaguh Sekolah pada tahun 2012. Pertandingan yang telah memasuki musim ke-5 ini telah dirasmikan pada 5 Mac 2012. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Profesor Emiritus Dr. Sir Hj. Amir Hamzah b. Abd. Hamid iaitu Pengarah Urusan Gesundheit Worldwide (ECPI).





Majlis perasmian tersebut berlangsung begitu meriah dengan adanya paluan kompang, persembahan pelajar dan juga penyampaian hadiah kepada pelajar yang terlibat dalam beberapa program sebelum ini. Pihak SKPP amat berbesar hati kerana kesudian Profesor Hj. Amir merasmikan majlis tersebut dan menyumbangkan bantuan kewangan untuk merancakkan perjalanan Pertandingan Jaguh Sekolah tahun 2012 ini. Beliau berjanji untuk menaja hadiah utama kepada para pemenang Jaguh Sekolah serta bantuan kewangan untuk Program Kecemerlangan SKPP. Selain itu, pihak ECPI juga bersedia membekalkan produk IQ MAQ untuk para pelajar Tahun Enam.
Antara hadiah-hadiah yang disediakan untuk Jaguh Sekolah 2012 ialah :
1. Telefon bimbit
2. Pakej melancong ke Terengganu
3. Wang tunai RM 100.00
4. Kamus Dewan
5. Kamus peribahasa
6. Kamus dwibahasa
7. Radio
8. Jam tangan

Sila klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

MERENTAS DESA 2012

Unit Kokurikulum SKPP mengadakan aktiviti merentas desa pada 5 Mac 2012. Aktiviti sebegini dilaksanakan untuk mengenaplasti dan mengetengahkan bakat para pelajar dalam bidang sukan terutamanya olahraga.


Para pelajar mengelilingi Kampung Parit Penghulu yang jaraknya sejauh lebih 3 kilometer. Pemandangan sawah padi serta kepelbagaian aktiviti para penduduk sepanjang laluan merentas desa sungguh mengasyikkan dan memberi pengalaman yang berguna kepada para pelajar.
Program merentas desa ini dimulai dengan aktiviti memanaskan badan sekitar jam 3.00 petang. Kemudian para peserta dilepaskan oleh Pn. Hjh. Norfiah bt. Abd. Hamid iaitu GPK Kurikulum SKPP tepat jam 3.30 petang. Program tersebut berakhir jam 5.30 petang dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dari Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Kuning dan Rumah Hijau.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP