JOHAN STORY TELLING


Program Ko-akademik Story Telling telah berlangsung di SJK(C) Chung Hwa, Sungai Rambai pada 7 April 2011.

Pelajar yang mewakili SKPP iaitu Amien Farhan b. Hamdan telah berjaya dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan tersebut. Tajuk cerita yang dibawakan pada temasya tersebut ialah "Clever Katya".

Kemenangan tersebut melayakkan Amien Farhan untuk mewakili kawasan Merlimau ke peringkat negeri Melaka yang bakal diadakan pada bulan Mei nanti.

Tahniah kepada Amien Farhan kerana mengharumkan nama SK Parit Penghulu

Read more...

JOHAN LEMPAR CAKERA MSSM MERLIMAU


Seorang pelajar SK Parit Penghulu iaitu Mohd Hadzrin b. Mohd Addir telah berjaya mendapat johan dan merangkul pingat dalam Kejohanan Olahraga MSSM Kawasan Merlimau. Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 28 Mac 2011 bertempat di Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada Mohd Hadzrin b. Mohd Addir.

Read more...

SKPP NAIB JOHAN BOLA TAMPAR MERLIMAU




















Pasukan bola tampar SKPP berjaya mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Bola Tampar (lelaki) Kawasan Merlimau. Pertandingan ini diadakan pada 5 April 2011 bertempat di SK Bukit Tembakau.

SKPP berjaya mengalahkan pasukan SJK(C) Pay Min dan SK Bukit Tembakau dalam kejohanan tersebut. Manakala pertemuan SKPP dengan SJK(C) Merlimau menyaksikan SKPP kalah dengan agregat 2-0. Kedudukan tersebut menyaksikan SKPP hanya berjaya mendapat Naib Johan keseluruhan.

Tahniah kepada para pemain yang bertungkus-lumus dalam pertandingan tersebut dan juga sekalung tahniah kepada guru-guru yang terlibat. Syabas SKPP.

Read more...

PELANCARAN JAGUH SEKOLAH MUSIM KE-4


Pusat Sumber SKPP sekali lagi menganjurkan Pertandingan Jaguh Sekolah . Program yang telah bermula pada 2008 ini telah memasuki tahun yang keempat penganjurannya. Pihak PSS mengambil inisiatif untuk menggabungkan semua aktiviti panitia matapelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains, Matematik, Kajian Tempatan dan sebagainya. Semua aktiviti ini digabungkan mengikut minggu agar terdapat kesepaduan dan dapat melahirkan seorang pelajar yang betul-betul berkualiti dalam semua aspek.

Pelajar yang mengumpul markah tertinggi akan dinobatkan sebagai Jaguh Sekolah dan layak membawa pulang pelbagai hadiah yang menarik. Pada tahun 2011, hadiah yang ditawarkan untuk johan keseluruhan ialah Sijil Simpanan Premium bernilai RM150, set MP3, pakej lawatan ke Kuala Lumpur, Piala dan sijil. Terdapat banyak lagi hadiah yang menanti pelajar yang berjaya.


Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh en. Sazali b. Senin iaitu Pengurus Zali Garden Sdn. Bhd. yang terletak di Sungai Rambai. Beliau telah sudi melancarkan majlis tersebut pada 4 April 2011 bertempat di dataran perhimpunan SKPP. pada kesempatan itu juga, beliau telah menghulurkan sumbangan untuk melancarkan dan memeriahkan program tersebut. Program ini berlangsung dari 4 April 2011 hingga 25 Julai 2011.


Pihak SKPP dan PSS khasnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada en. Sazali kerana memberi sokongan dan sumbangan kepada SKPP.

Read more...

LaDaP ke-2 2011

LLatihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP) kali ke-2 telah diadakan pada hari Sabtu 2 April yang lalu. LaDaP kali ini membawakan dua slot yang menarik iaitu Slot KSSR dan Bengkel Membina Bahan Bantu Mengajar (BBM). Lokasi kali ini ialah di Pusat Sumber SKPP.

Guru-guru yang hadir memberikan tumpuan dan minat yang tinggi untuk mendapat pelbagai info yang disampaikan oleh beberapa orang guru yang berkenaan. Guru-guru diberi pendedahan tentang halatuju dan maklumat-maklumat terbaru tentang KSSR.


Pada slot kedua selepas rehat, guru-guru mengikuti pula bengkel membina bahan bantu mengajar berasaskan majalah. Pada kali ini, Majalah Kuntum digunakan sebagai medium terbaik untuk tujuan tersebut kerana terdapat banyak maklumat dan gambar-gambar yang pelbagai corak.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP