CUTI PERSEKOLAHAN 2010

Cuti persekolahan akhir tahun akan bermula pada 20 November 2010 sehingga 2 Januari 2011. Selamat bercuti kepada semua pelajar SK Parit Penghulu. Jumpa lagi tahun 2011.

Read more...

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010




hari Anugerah Cemerlang SKPP 2010 telah diadakan pada 15 November 2010 (Isnin) jam 9.00 pagi bertempat di kantin baru SKPP. Para pelajar diberi pelbagai anugerah dan hadiah kerana pencapaian dan sumbangan mereka kepada Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu.
Antara anugerah yang disampaikan ialah kepada pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, pengawas SPBT, pembantu kedai sekolah, kadudukan dalam kelas, matapelajaran terbaik dan sebagainya.
Kehadiran ibu bapa dan En. Bahari b. Ahmad selaku Yang DiPertua PIBG SKPP memeriahkan lagi sambutan majlis tersebut. Beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang boleh dikategorikan sebagai tokoh dalam SKPP antaranya ialah :
1. Siti hajar bt. Amerodin (Anugerah Khas PPKI SKPP)
2. Syafqah Adha bt. Zawawi (Tokoh NILAM 2010)
3. Muhammad Ammar Muaz b. Lukman (Tokoh Kokurikulum 2010)
Selain itu, terdapat dua orang pelajar yang megharumkan nama SKPP kerana berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2010 iaitu :
1. Fasehah Nur bt. Ismail
2. Nur Iliyana bt. Abu Bakar

Read more...

LATIHAN KEBAKARAN 2010




Latihan kebakaran dan kecemasan telah diadakan di SK Parit Penghulu pada 10 November 2010. "Loceng gila" dibunyikan pada jam 9.00 pagi menandakan berlakunya 'kebakaran' di sebuah bangunan sekolah. Serentak dengan itu para pelajar dan guru-guru bergegas ke lokasi yang lebih selamat mengikut pelan kebakaran yang telah dimaklumkan sebelum ini.
Pasukan bomba dan penyelamat dari Merlimau bergegas ke lokasi kejadian untuk 'memadamkan kebakaran' yang berlaku.
Semasa latihan tersebut, anggota bomba dan penyelamat telah memberi tunjuk ajar serta teknik-teknik yang betul untuk memadamkan kebakaran.
Terima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat Merlimau.

Read more...

PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2010 BERSAMA SCHOLASTIC MALAYSIA







Para pelajar SK Parit Penghulu telah berjaya menyahut cabaran menyertai Program Kem Membaca 1Malaysia bersama Scholactic Malaysia pada 8 November 2010. Program ini diadakan untuk mencipta nama dalam Malaysian Books of Records. Sasarannya ialah seramai 350,000 orang pelajar dari 1000 buah sekolah seluruh Malaysia menyertai program tersebut.
Seramai 286 orang pelajar menyertai program yang diadakan di tapak perhimpunan jam 8.30 pagi. Para pelajar dan guru-guru menghabiskan masa selama 2,010 saat (33.5 minit) membaca pelbagai jenis buku untuk mencapai hasrat tersebut. Para pelajar yang berjaya menyertai program ini dianugerahi sijil penyertaan. maklumat lanjut boleh didapati di http://scholactic-asia.com/read2010/

Selain itu diadakan juga penyampaian hadiah kepada para pemenang pelbagai program yang diatur sebelum ini.
Tahniah kepada semua warga SKPP.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP