PELANTIKAN PENGAWAS 2010




Para pengawas di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu iaitu pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, pengawas SPBT, ketua kelas dan penolong ketua kelas telah dilantik secara rasminya pada 18 Januari 2010 yang lalu.
Majlis ini diadakan serentak dengan perhimpunan mingguan sekolah dan telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Parit Penghulu iaitu Hjh. Norhayati bt. Hj. Abu Bakar. Beliau berharap semua pengawas yang telah dilantik ini akan dapat menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. Selain itu, para pengawas juga diharapkan menjadi mata dan telinga kepada guru-guru dan kakitangan di sekolah ini.
Terima kasih kepada semua AJK yang telah berjaya menyempurnakan majlis pelantikan pengawas ini dan ucapan syabas juga kepada semua pengawas yang dilantik.

Read more...

UJIAN DIAGNOSTIK 2010




Para pelajar SK Parit Penghulu menduduki ujian Diagnostik pada 12 hingga 13 Januari 2010. Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk menguji kefahaman dan pengetahuan sedia ada pelajar tentang matapelajaran yang bakal dipelajari pada tahun 2010 ini. Semua pelajar tahun 2 hingga tahun 6 menduduki ujian diagnostik ini. Selamat maju jaya kepada semua pelajar.

Read more...

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pelajar dan guru-guru SKPP. Semoga kedatangan tahun 2010 memberi azam dan semangat baru kepada kita semua. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP