LATIHAN KEBAKARAN




Pada 27 Mei 2009, Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu mengadakan latihan kebakaran untuk semua warga sekolah samada para pelajar, guru-guru dan juga staf sokongan. Demonstrasi ini adalah untuk menyuntik kepekaan serta kepantasan bertindak sekiranya berlaku sesuatu bencana yang tidak diingini.
Keseluruhan masa yang diambil untuk para pelajar menyelamatkan diri semasa latihan ini adalah selama 7 minit. Pihak sekolah berharap agar catatan ini dapat diperbaiki pada masa-masa akan datang supaya tidak berlakunya kecederaan atau kemalangan yang teruk sekiranya kebakaran sebenar berlaku.

Read more...

JOHAN PERTANDINGAN MASAKAN RIMBA


Perkhemahan Puteri Islam Zon Jasin diadakan pada 15 - 16 Mei yang bertempat di Kem Modal Insan Parit Penghulu, Sungai Rambai. 3 orang peserta Puteri Islam SK Parit Penghulu telah berjaya menyahut cabaran untuk merasai sendiri pengalaman perkhemahan tersebut.
Ketiga-tiga pelajar tersebut ialah Nur Iliyana bt. Abu Bakar, Nurul Aqilah bt. Mohd Yusof dan Nurdiana bt. Azli. Para pelajar ini telah juga membawa pulang kejayaan yang baik apabila ditabalkan sebagai Johan Pertandingan Masakan Rimba semasa program tersebut. tahniah kepada semua peserta dan juga guru-guru yang terlibat.

Read more...

KOROBORI PENGAKAP NEGERI MELAKA 2009




Seramai 29 orang peserta pengakap dari Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah menyertai Korobori Pengakap negeri Melaka yang telah diadakan pada 8 - 10 Mei. Program sebegini adalah untuk meraikan dan mengumpul para pengakap kanak-kanak seluruh negeri Melaka agar bertemu untuk bertukar-tukar pandangan serta mengeratkan hubungan sesama pelajar.
Jumlah pengakap yang menghadari program yang bertempat di Kem Pengakap Melaka ini adalah seramai 500 pelajar. Sungguh bertuah pelajar SK Parit Penghulu yang dapat sama-sama merasai pengalaman korobori tersebut.

Read more...

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2009




Para pelajar SK Parit Penghulu telah mula menduduki peperiksaan pertengahan tahun bermula 19 Mei - 21 Mei 2009 untuk Tahap 1 dan pada tarikh 1 Mei - 22 Mei 2009 untuk tahap 2.
Semua pelajar diuji dengan semua subjek berkaitan mereka seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan sebagainya. Mereka menunjukkan keyakinan dan daya usaha yang tinggi untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Di samping itu juga, kedudukan dalam kelas bagi peperiksaan ini juga akan dikira untuk penjumlahan markah "Program Jaguh Sekolah" yang sedang berlangsung kini.
Menjadi harapan pihak sekolah untuk memastikan kejayaan para pelajar ini dalam peperiksaan yang telah diadakan ini. Semoga semua pelajar mendapat kejayaan yang memberangsangkan.

Read more...

SAMBUTAN HARI GURU SKPP







Sungguh meriah sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu tahun 2009 ini. Pelbagai acara yang diadakan antaranya Bowling Buah Kelapa, hias guru dengan surat khabar, teka belon, bacaan sajak dan sebagainya. Semua guru begitu gembira dan memberi kerjasama yang terbaik untuk sama-sama menjayakan aktiviti yang telah tersedia.



Acara sukaneka telah dimenangi oleh Kumpulan Ixora mengalahkan tiga kumpulan yang lain iaitu Kumpulan Rose, Orchid dan Sunflower. Tahniah kepada Kumpulan Ixora.

Read more...

SAJAK HARI GURU

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum manjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu bukuS

emakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat

Read more...

MENGEMASKINI PSS SKPP





Pusat Sumber SK Parit Penghulu telah berjaya dinaik taraf pada hujung bulan April yang lalu. Usaha ini telah digerakkan oleh Tn. Hj. Rosli b. Abu Bakar selaku guru besar pada masa itu. Lantaran itu, pusat sumber sekolah telah berubah wajah menjadi lebih ceria dengan adanya lantai berjubin dan tingkap yang gelap. Suasana ini memberikan keceriaan dan penorama yang kondusif untuk para pelajar mentelaah pelajaran.
Para pengawas perpustakaan telah bertungkus lumus menyusun serta meletakkan semula buku-buku dan alatan yang dialihkan bagi tujuan baik pulih tersebut.
Terima kasih juga kepada para guru dan para pekerja sekolah yang sudi menghulurkan bantuan untuk membaiki dan mengemaskini pusat sumber ini.

Read more...

PANORAMA SEKOLAH DAN PSS









Suasana persekitaran pusat sumber sekolah dan kawasan sekitar

Read more...

MISI DAN VISI SKPP


VISISEKOLAH KEBANGSAAN PARIT PENGHULU
Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu menjadi sekolah cemerlang di Kawasan Merlimau menjelang tahun 2015


MISI
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT PENGHULU


Melahirkan pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua bidang dengan sokongan padu warga sekolah dan komuniti selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan

FALSAFAH
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT PENGHULU


Pendidikan sekolah rendah adalah satu usaha untuk membentuk dan melahirkan murid-murid yang dapat memperkembangkan potensi diri dengan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Usaha yang berterusan secara bersama dan bergabung tenaga bagi melahirkan anak didik yang berakhlak mulia, berilmu, berbudaya penyayang dan berketrampilan. Usaha membina diri meliputi aspek rohani, jasmani, emosi, intelek dan penghayatan nilai-nilai murni.

Read more...

WAKIL BOLA BALING PEREMPUAN MERLIMAU








Asfa Marsya Nayli bt. Md. Diah dan Nur Halimahton Saadiah bt. Hianoorsham adalah dua orang pelajar dari SK Parit Penghulu yang berjaya mewakili pasukan bola baling perempuan untuk kawasan Merlimau bagi Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (MSSNM) yang baru berlangsung di SMK Munshi Abdullah, Batu Berendam pada 5 Mei - 7 Mei yang lalu.
Keputusan Perlawanan
Merlimau (5) vs Ayer Keroh (4)
Merlimau (4) vs Masjid Tanah (3)
Merlimau (3) vs Jasin (1)

Pasukan ini berjaya ke peringkat separuh akhir tetapi kalah kepada kawasan Bukit Cina dengan jaringan 2-7. Namun begitu, Kawasan Merlimau berjaya juga menduduki tempat ketiga dengan mengalahkan Masjid Tanah dengan jaringan (7-6). Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada kedua-dua orang pelajar ini.

Read more...

FARAH FILZAH MEWAKILI BOLA TAMPAR


Seorang pelajar SK Parit Penghulu telah berjaya mewakili kawasan Merlimau ke Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (MSSNM) iaitu Farah Filzah bt. Razihat. Kejohanan ini berlangsung pada 4 dan 5 Mei yang lalu bertempat di SMK Notre Dame, Melaka.
Beliau dan 11 orang pelajar sekolah-sekolah sekitar kawasan Merlimau berjaya mengalahkan pasukan dari kawasan Jasin dan Bukit Cina untuk layak ke peringkat separuh akhir.
Namun pencapaian itu terhalang pada peringkat separuh akhir setelah kalah kepada pasukan dari kawasan Alor Gajah dan hanya berjaya menduduki tempat keempat keseluruhan sahaja.

Read more...

JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH


JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SKPP 2010
PENGERUSI
PN. HJH. NORHAYATI BT. ABU BAKAR
(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI
PN. NORFIAH BT. ABD. HAMID
(GPK 1)

PN. HJH. SENIAH BT. JANTAN
(GPK HEM)

CIK HOW YOCK HONG
(GPK KOKU)

SETIAUSAHA
EN. MOHD AZLI BIN MUDA
(GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA)
PEN. SETIAUSAHA
PN. SAPIAH BT. A. KADIR
AHLI JAWATANKUASA
PERPUSTAKAAN
1. EN. MOHD AZLI BIN MUDA
2. EN. MOHD BUKHAIRY B. ZULKEFLY
BBM
1. CIK NORASMAHIRNIZA BT. OTHMAN
2. PN. ZALILA BT. MOHD YASSAN
MAKMAL KOMPUTER / ICT
1. EN. ZULHAZMI B. MUIDDIN
2. EN. MOHD AZLI B. MUDA
BILIK TAYANG
1. EN. ABD. LATIF B. KHAMIS
2. PN. NAJEHA BT. YAAKUP
NILAM
1. CIK ANISAH BT. MD. TAHIR
2. PN. HJH. ZAITON BT. MOHAMAD

Read more...

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR SKPP




Tn. Hj. Rosli b. Abu Bakar adalah seorang guru besar di SK Parit Penghulu yang memulakan tugasnya di sekolah ini bermula tahun 2008. Banyak sumbangan serta jasa bakti yang telah beliau taburkan sepanjang berada di sekolah ini.

Semua warga sekolah amat menyayangi serta menyanjungi ketokohan beliau selaku pentadbir sekolah. Namun begitu, atas keperluan semasa, beliau telah diarahkan oleh Jabatan Pelajaran Melaka untuk bertugas di sekolah yang baru iaitu SK Kampung Gelam. Pn. Hjh. Norhayati bt. Abu Bakar telah menggantikan beliau sebagai guru besar yang baru untuk SK Parit Penghulu.
Guru-guru dan para pelajar mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih tidak terhingga kepada Tn. Hj. Rosli.

Read more...

JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH


JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SKPP 2010

PENGERUSI
PN. HJH. NORHAYATI BT. ABU BAKAR
(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI
PN. HJH. NORFIAH BT. ABD. HAMID
(GPK 1)

PN. HJH. SENIAH BT. JANTAN
(GPK HEM)

CIK HOW YOCK HONG
(GPK KOKU)

SETIAUSAHA
EN. MOHD AZLI BIN MUDA
(GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA)
PEN. SETIAUSAHA
PN. SAPIAH BT. A. KADIR
AHLI JAWATANKUASA
BAHASA MELAYU
CIK NORASMAHIRNIZA BT. OTHMAN
BAHASA INGGERIS
PN. FAUZIAH BT. IDRIS
MATEMATIK
PN. ZALILA BT. MOHD YASSAN
SAINS
PN. UMI KALSUM BT. LATIP
PENDIDIKAN ISLAM
PN. SALASIAH BT. M. OMMAR
MUZIK
PN. ANURA BT. HASAN
PJK
EN. MOHD ZULKARNAIN B. SULEIMAN
KAJIAN TEMPATAN
CIK HOW YOCK HONG
KEMAHIRAN HIDUP
EN. MOHD BUKHAIRY B. ZULKEFLY
SIVIK
PN. HJH. SENIAH BT. JANTAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL
PN. SITI ZABEDAH BT. OTHMAN

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP