PPKI JOHAN TARIAN




Para pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Parit Penghulu telah menyertai Pertandingan Tarian Kebudayaan Negeri Melaka pada 28 Mac 2009. Pertandingan tersebut diadakan di SK Merlimau.
Sekalung tahniah kepada 6 orang pelajar PPKI yang telah berjaya diktiraf sebagai Johan Pertandingan Tarian Kebudayaan Zon Merlimau 2009. Tahniah juga kepada semua guru SKPP khasnya guru-guru unit PPKI yang bertungkus-lumus melatih serta memberi dorongan kepada pelajar-pelajar tersebut sehingga dapat mengecapi kejayaan tersebut.

Read more...

PELAJAR SKPP WAKIL RAGBI MSS MALAYSIA




Seorang pelajar SK Parit Penghulu iaitu Muhd Nur Adha b. Mohd Taha telah berjaya mewakili negeri Melaka dalam Kejohanan Ragbi
Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) yang telah diadakan di Kolej Yayasan Saad, Ayer Keroh Melaka.

Kejohanan ini telah dilangsungkan pada 14 - 21 Mac yang lalu. dalam temasya tersebut, negeri Melaka telah mendapat Naib Johan kategori Bowl. Perlawanan akhir itu menemukan Melaka dengan negeri Perlis dengan kedudukan 25-32.

Tahniah dan syabas kepada Mohd Nur Adha,semoga kejayaan ini menyuntik semangat pelajar-pelajar SKPP yang lain.

Read more...

KEJOHANAN OLAHRAGA SKPP MERIAH







26 Mac 2009- SK Parit Penghulu telah mengadakan Kejohanan Olahraga bertempat di padang sekolah berkenaan. Kejohanan tersebut telah bermula pada jam 2.00 petang dengan perarakan masuk peserta perbarisan diiringi dengan pasukan pancaragam yang didatangkan khas dari Sekolah Menengah Henry Gurney, Melaka.
Antara pasukan-pasukan yang bertanding ialah Rumah Syahbandar (Biru), Rumah Bendahara (Kuning), Rumah Temenggong (Hijau) dan Rumah Laksamana (Merah). Kesemua pasukan begitu bersemangat dan rajin berlatih untuk mendapat kejayaan yang terbaik.
Rumah Bendahara (Kuning) telah menggondol johan keseluruhan dalam Kejohanan Olahraga SKPP 2009 manakala Rumah Syahbandar (Biru) telah diisytiharkan pemenang pertandingan khemah tercantik. Sementara itu, Rumah Laksamana (Merah) telah dinobatkan sebagai johan perbarisan.
Tahniah dan syabas kepada pasukan yang berjaya dan juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru dan kakitangan SK Parit Penghulu yang telah bertungkus-lumus menjayakan temasya tersebut.
gai

Read more...

KEJOHANAN OLAHRAGA SKPP




Pada 24 Mac 2009 (Selasa) SK Parit Penghulu telah melangsungkan acara saringan 200 meter perempuan dan lelaki kategori A dan kategori B.
Selain itu, acara akhir yang dipertandingkan pada hari tersebut juga ialah 4 X 100 meter serta 4 X 200 meter lelaki dan perempuan.
Kehadiran dan sokongan para pelajar serta guru-guru yang begitu bersemangat walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai amat membanggakan.
Semua pasukan yang bertanding iaitu rumah Hijau, Biru, Kuning dan Merah begitu bersungguh-sungguh untuk memenangi acara yang disertai oleh mereka.
Kemuncak kejohanan ini akan diadakan pada 26 Mac 2009 jam 2.00 petang di padang SKPP.

Read more...

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN







Latihan dalam Perkhidmatan (LaDaP) diadakan untuk guru-guru SK Parit Penghulu pada 14 Mac 2009, hari Sabtu jam 8.00 pagi bertempat di Makmal Komputer SKPP. Tajuk yang disampaikan pada minggu ini ialah Q-Net.
Kursus sebegini bermatlamat membantu guru-guru melaksanakan tugasan harian serta menentukan kualiti yang dicapai oleh sekolah mengikut kehendak Jabatan Pelajaran Melaka.
Selain itu, program ini juga adalah untuk meningkatkan kecemerlangan murid serta memantapkan kemahiran penggunaan Q-Net.

Read more...

BACAAN YASSIN




Majlis bacaan Yassin diadakan pada minggu ke-2 setiap bulan bermula Februari. Program ini dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam SK Parit Penghulu. Tujuannya adalah untuk memberi keyakinan serta semangat yang kuat dalam diri para pelajar. Selain itu, ia juga dapat memupuk kesedaran serta semangat kerjasama antara pelajar dan guru-guru.

Read more...

PINJAMAN BUKU TERBANYAK FEBRUARI







Unit Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Parit Penghulu mengadakan "Program Pinjaman Buku Terbanyak" setiap bulan bermula Februari hingga Oktober setiap tahun. Pada bulan Februari, Tahun 3 Cemerlang telah mengungguli kategori Tahap 1 dengan jumlah pinjaman sebanyak 90 buah buku manakala Tahun 4 Dedikasi mengungguli kategori Tahap 2 dengan jumlah pinjaman sebanyak 112 buah buku.
Safra Khairina bt. Md. Radzi merupakan peminjam buku terbanyak pada bulan Februari kategori individu dengan jumlah pinjaman sebanyak 26 buah buku.
Nur Najiha bt. Razali dari Tahun 6 Falah dipilih sebagai pengawas perpustakaan terbaik bulan Februari atas daya usaha dan kesungguhan beliau menjalankan tugas sebagai pengawas perpustakaan SKPP.

Read more...

PPKI BERJAYA LAGI







Para pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Parit Penghulu telah muncul naib johan keseluruhan dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Zon Merlimau yang diadakan di SMK Sungai Rambai pada 10-12 Mac 2009. Sebanyak 23 buah sekolah rendah telah menyertai kejohanan tersebut. Seramai 8 orang pelajar telah mewakili SK Parit Penghulu dalam kejohanan tersebut iaitu Siti Hajar, Muhd Khairul, Noraisyah, Nihayatul Istianah, Nurul Fararena, Muhd Hedzir dan Mohd Azeri.
Di samping itu juga, seorang wakil SK Parit Penghulu iaitu Siti Hajar bt. Amerodin telah dinobatkan sebagai atlet junior dalam kejohanan tersebut.

Read more...

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK


Pertandingan deklamasi sajak sekolah rendah kawasan Merlimau telah diadakan pada 12 Mac 2009 yang lalu bertempat di Sekolah Kebangsaan Sebatu. Objektif program sedemikian adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat menghargai hasil seni seperti puisi. Selain itu, ia juga dapat melahirkan murid-murid yang berkeyakinan dan dan terampil.
Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah menghantar seorang wakil ke pertandingan tersebut iaitu Mohd Ikmal Hisyam b. Zakaria.

Read more...

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS




Kursus Kepimpinan Pengawas-pengawas SK Parit Penghulu telah diadakan pada 28 Februari bertempat di Kolej Komuniti Jasin. Program ini adalah kelolaan Unit Hal Ehwal Murid, Unit Pusat Sumber Sekolah, Unit Skim Pinjaman Buku Teks dan Unit Kedai Sekolah.


Seramai 80 orang pengawas dari setiap unit serta ketua-ketua dan penolong-penolong ketua kelas Tahap 2 yang terlibat.


Para pengawas diberi pendedahan tentang bagaimana menjadi pemimpin yang berkesan.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP