KEJOHANAN RAGBI 7 SEBELAH (11 TAHUN)

Kejohanan ragbi 7 sebelah tertutup sempena Bulan Kecergasan 2009 telah diadakan pada 18 Julai 2009 bertempat di Padang Bersejarah Ayer Keroh, Melaka.
Sebanyak 8 pasukan menyertai kejohanan tersebut yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. SKPP telah mengungguli Kumpulan A dan layak ke peringkat separuh akhir.
Pada peringkat separuh akhir, SKPP telah ditewaskan oleh SK Peringgit dengan "golden Goal" setelah perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan kerana kedudukan terikat dengan 5-5.
Namun demikian, SKPP menebus kehampaan itu dengan menewaskan SK Sebatu pada perlawanan penentuan tempat ketiga dengan jaringan 15-5.
Hadiah telah disampaikan oleh ketua unit sukan Jabatan Pelajaran Melaka. Para pemain membawa pulang pingat dan hamper. Para pelajar itu juga telah ditaja oleh guru-guru untuk melawat ke Zoo Melaka atas kejayaan tersebut.
Tahniah kepada para pelajar tersebut.

Read more...

KHIDMAT BANTU PSS



Pusat Sumber SK Parit Penghulu telah mendapat satu program anjuran bersama PKG Sebatu dan BTPN Melaka yang dinamakan program khidmat bantu PSs. Program ini telah dilaksanakan pada 14 - 15 Julai 2009 bertempat di pusat sumber SKPP.
Beberapa orang guru media dari sekolah berhampiran telah sudi membantu menaiktaraf dan menjayakan program ini. Guru-guru SKPP juga telah sama-sama membantu aktiviti tersebut walaupun dilakukan pada jam 2.00 petang - 5.00 petang.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat.

Read more...

PENUTUP JAGUH SEKOLAH




Program jaguh Sekolah adalah kendalian pusat sumber SKPP serta panitia-panitia matapelajaran yang berkaitan. Program ini telah berlangsung selama 4 bulan bermula pada 13 April hingga Julai 2009. Banyak aktiviti yang telah dijalankan seperti Membina buku skrap, Kuiz Pengetahuan Am, Mewarna, Melukis Poster, Rekoder dan sebagainya.
Semua murid SKPP mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.
Pada 13 Julai 2009, satu majlis penyampaian hadiah dan penutupan majlis tersebut telah diadakan. En. Nor Hashim selaku Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Hadiah utama yang ditawarkan adalah sebuah basikal, wang tunai RM 30.00, piala dan sijil. Tahniah kepada pelajar yang berjaya.
Keputusan Pertandingan seperti berikut

Tahap 1
Johan = Safra Khairina bt. Mohd Radzi
Naib Johan = Muhammad Nasru Fadhlin b. Bahari
Ketiga = Nur Farhana Hanani bt. Lailan
Keempat = Intan Nadiah bt. Albar
Kelima = Patehah bt. Behzari

Tahap 2
Johan = Muhd Nur Adha bt. Mohd taha
Naib Johan = Muhammad Dai'e Adni b. Mohd Radzi
Ketiga = Fateh Farhani bt. Mohd Radzi
Keempat = Nur farhan Diwani b. Lailan
Kelima = Syafiqah Adha bt. Zawawi

Read more...

MAJLIS PERSARAAN GPK 1

Pn. Hjh. Rajmah bt. Hj. Taib merupakan seorang Guru Penolong Kanan 1 di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu. Beliau merupakan seorang guru yang sentiasa komited dan memberi respons yang baik terhadap masalah yang diajukan oleh guru-guru SKPP.
Sempena meraikan sumbangan dan jasa baik beliau selama bergelar guru, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis khas untuk beliau sempena persaraannya pada 7 julai 2009.
Jasa baik dan sumbangan yang telah beliau curahkan selama bergelar guru amatlah tinggi nilainya.
Warga SKPP mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya kepada Pn. Hjh. Rajmah bt. Hj. Taib.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP