NAIB JOHAN KUIZ KESIHATAN











Empat orang pelajar SK Parit Penghulu telah menyertai Pertandingan Kuiz Kesihatan Kawasan Merlimau pada 23 Februari yang lalu. Wakil sekolah ini telah mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut dan seterusnya layak ke peringkat separuh akhir untuk negeri Melaka. Syabas dan tahniah kepada para pemenang tersebut. Antara pelajar tersebut ialah :
1. Nadzirah bt. Rasol
2. Muhammad Ikmal Hisyam b. Zakaria
3. Farah Najwa bt. Ishak
4. Fateh Farhani bt. Mohd Radzi
Teruskan perjuangan anda untuk peringkat negeri Melaka.

Read more...

PERTANDINGAN NASYID KAWASAN MERLIMAU

Kumpulan An-Nur dari Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu menyertai Pertandingan Nasyid Kawasan Merlimau yang telah dilangsungkan pada 10 Februari. Kumpulan yang disertai oleh 9 orang pelajar lelaki ini berjaya mendapat tempat kelima daripada 17 buah sekolah kawasan Merlimau yang mengambil bahagian. Pertandingan yang dikelolakan oleh SK Sebatu ini telah dilangsungkan di JAPERUN Sungai Rambai.

Read more...

DATA NILAM SKPP


Read more...

FADHLI DAN NAYLI HARUMKAN NAMA SEKOLAH






Pada 16 - 18 Mac yang lalu, Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu (SKPP) telah menghantar beberapa atlit untuk menyertai kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri (MSSM) Melaka yang bertempat di SMK Datuk Abdul Rahman Yaakup, Merlimau, Melaka. Dua orang pelajar SKPP telah berjaya membawa pulang pingat emas dan gangsa dalam acara yang disertai. Mohd Fadhli telah menggondol pingat emas bagi acara lempar cakera dengan catatan 22.32 meter manakala Asfa Marsya Nayli telah berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam acara lompat jauh dengan catatan 3.24 meter. Tahniah kepada mereka.

Read more...

AGIHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN



Majlis ini telah diadakan pada 18 Februari yang lalu. Objektif bantuan ini adalah untuk membantu murid-murid miskin dari segi keperluan persekolahan. Selain itu, bantuan ini juga untuk menggalakkan murid-murid agar terus belajar bersungguh-sungguh tanpa sebarang halangan atau masalah. Seramai 8 orang murid telah layak menerima bantuan tersebut iaitu

1. NUR FARHANA BT. HUSSEIN

2. NURUL SYAMIMI BT. HAMIZAD

3. ROZA NURZAQIAH BT. ZAMANI

4. SITI NURAISHAH BT. ABDULLAH

5. MOHD FARHAN B. HUSSEIN

6. NURZARIQHA BT. ZAMANI

7. NURUL SYAFIQAH BT. HAMIZAD

8. MOHD ASRI B. HUSSEIN

Read more...

SEJARAH SEKOLAH

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Sungai Rambai,77400 Melaka didirikan pada tahun 1958 secara bergotong-royong oleh penduduk kampung. Rangka bangunan dan kerusi meja dibuat dari kayu gelam. Kaum ibu pula menganyam atap dari daun rumbia. Papan dibeli dari sumbangan wang orang ramai.Bangunan dua bilik darjah itu dapat disiapkan dalam beberapa hari sahaja. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd. Khir Bin Johari,Menteri Pelajaran. Tanah tapak sekolah seluas 1.3 ekar telah diwakafkan oleh allahyarham Tuan Haji Khairil bin Sarkawi.

Sebelum pembinaan sekolah ini, anak-anak kampung ini terpaksa pergi ke Sekolah Melayu Sungai Rambai dan Sekolah Melayu Parit Gantung. Jalan untuk ke sekolah tersebut jauh dan melalui kebun getah dan dusun kelapa.

Pada tahun 1959, bangunan sekolah telah musnah dipukul rebut. Murid-murid menumpang belajar di Sekolah Agama Rakyat Parit Penghulu. Pada tahun 1960, kerajaan telah membina bangunan dua bilik darjah. Bilangan kelas ada empat dan jumlah murid pada ketika itu ialah 120 orang. Keadaan kelas sangat sesak. Jika keadaan cuaca mengizinkan murid-murid belajar di bawah pokok getah.

Pada tahun 1961, kerajaan telah membina satu lagi bangunan 2 bilik darjah. Setelah ada 4 bilik darjah, kelas bertambah menjadi 5. Kelas darjah 6 diwujudkan pada tahun 1956 walaupun keadaan kelas sesak seperti dahulu.

Dalam tahun 1970 satu bangunan mengandungi 3 bilik darjah dibina. Bangunan ini dinamakan Blok C. Bilik stor di antara Blok A dan Blok C dijadikan pejabat sekolah. Pada tahun 1980, PIBG membina sebuah bilik sembahyang dan kolah untuk wudhuk dengan menyambung bahagian hujung Blok A. Bangunan kantin dibina pada tahun 1981.

Bangunan tambahan mengandungi 3 bilik darjah dibina pada tahun 1988 dan setengah bilik darjah diubahsuai menjadi bilik Guru Besar dan pejabat. Satu lagi bangunan tambahan 2 tingkat mengandungi 6 bilik siap dibina pada Jun 1994. Blok D yang mempunyai 3 bilik darjah dijadikan bangunan Pusat Sumber, iaitu Bilik APD, Perpustakaan dan Bilik Tayang.
Pada tahun 2001 dan 2002 Bilik Pendidikan Khas dan Pra Sekolah telah dibina. Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah dicalonkan sebagai Sekolah Harapan Negara pada tahun 2003.

Read more...

PROGRAM MOTIVASI




Program motivasi "Menggilap Permata Ayah Bonda" telah diadakan pada 14 Februari 2009 bertempat di makmal komputer SK Parit Penghulu. Ceramah yang telah disampaikan oleh Tn. Hj. Matsah b. Hj. Othman (Kaunselor Pejabat Pelajaran Daerah Jasin) mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ramai ibu bapa dan semua pelajar tahun 6 yang hadir dalam program tersebut. Semoga program ini dapat membentuk sahsiah dan jatidiri para pelajar serta keluarga mereka.


Read more...

KEJOHANAN RAGBI SENTUH MSSM MELAKA




Kejohanan Ragbi Sentuh Majlis Sukan Sekolah-sekolah negeri Melaka. SK Parit Penghulu telah mendapat Johan kategori Bowl bagi acara tersebut. Tn. Hj. Isa b. Abu selaku Pengarah Pelajaran Melaka telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahniah juga kepada En. Abd. latif dan En. Mohd Azli yang telah melatih serta menguruskan pasukan ini hingga berjaya dalam pertandingan tersebut.


Read more...

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS







Majlis Perlantikan Pengawas untuk semua pengawas di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah diadakan di tapak perhimpunan SKPP pada 19 Januari 2009. Sarjan Mejar Kamarizman b. Khanafee (Ketua Balai Polis Sungai Rambai) telah sudi untuk menyempurnakan majlis tersebut. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pengawas yang telah terpilih dan selamat menjalankan tugas.





Read more...

STAF SKPP 2016


GURU-GURU DAN KAKITANGAN SK PARIT PENGHULU 2016

GURU-GURU
















Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP