PERTANDINGAN AKHIR NYANYIAN SOLO JAGUH SEKOLAH 2016

19 APRIL 2016 - Pertandingan Nyanyian Solo Panitia Muzik dalam acara Jaguh Sekolah Musim ke-9 telah dilangsungkan pada 19 April 2016 bertempat di dewan SK Parit Penghulu jam 3.30 petang. Pertandingan akhir ini dilangsungkan pada jam 3.30 petang dan berakhir jam .30 petang. Seramai 13 peserta telah berjaya melangkah ke peringkat akhir.
Kesemua peserta menampilkan persembahan yang hebat dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pertandingan tersebut.



Senarai pemenang untuk pertandingan kali ini ialah :


JOHAN :
NUR ATIKAH IZZATI BINTI MAD LOZI

NAIB JOHAN : 
AYU ERIENNA BINTI MOHD TAHA

KETIGA : 
MUHAMMAD ARIF AIZAT BIN SHAHRIZAL

KEEMPAT : 
MUHAMMAD SYAHRAN HAKIMI BIN SAMSAIMUN

Klik di sini untuk lebih banyak gambar

Read more...

MAJLIS TEMU MURNI KALI KEDUA TAHUN 2016

9 APRIL 2016 - Unit Kecemerlangan UPSR dengan kerjasama PIBG SK Parit Penghulu telah mengadakan program temu murni bersama ibu bapa pada 9 April 2016 yang lalu bertempat di dewan SKPP.
Kehadiran ibu bapa dan murid-murid dalam aktiviti tersebut begitu menggalakkan. Ibu bapa yang hadir begitu teruja mendengar ceramah yang disampaikan oleh En. Khuraim Asadi bin Hj. Che Zam. Beliau berkongsi cerita tentang cara-cara mencapai kejayaan dan nilai-nilai murni yang perlu disemai dalam kalangan murid-murid supaya berjaya di dunia dan akhirat.
Pada akhir majlis tersebut, murid-murid melafazkan ikrar dan aku janji untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2016 akan datang. Dalam majlis yang sama, ibu bapa dapat berjupa guru-guru untuk mengetahui perkembangan terkini prestasi anak-anak dalam ujian pencapaian yang lalu.




Klik di sini untuk lebih banyak gambar

Read more...

PELANCARAN PROGRAM JAGUH SEKOLAH MUSIM KE-9

22 MAC - Program Jaguh Sekolah pada tahun ini telah memasuki musim yang ke-9. Tn. Hj. A. Ghani telah sudi bertandang ke Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu untuk merasmikan pelancaran program tersebut. Beliau yang merupakan Pengerusi SKYCOP Lite telah menyuntik semangat murid-murid untuk mencabar diri sendiri dalam acara-acara yang akan berlangsung pada tahun ini. Selain itu, pihak SKYCOP juga akan berusaha membantu pihak sekolah dalam menjayakan aktiviti tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn. Hj. A. Ghani dan SKYCOP.




Klik di sini untuk lebih banyak gambar

MATLAMAT PROGRAM JAGUH SEKOLAH
         Mencabar minda dan kreativiti setiap murid bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan.
         Turut menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta; semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan.
         Menggalakkan penglibatan ibu bapa dan agensi luar dalam meneroka pembelajaran

OBJEKTIF PROGRAM JAGUH SEKOLAH
        Memberi pendedahan dan kemahiran murid-murid dalam pencarian maklumat di Pusat Sumber Sekolah
        Mendekatkan murid- murid dengan perpustakaan serta menjadikan kunjungan ke perpustakaan satu amalan pembelajaran sepanjang hayat.
        Menyedarkan murid-murid tentang kepentingan perpustakaan dalam proses pembelajaran.
        Merangsang rasa ingin tahu bagi mendorong keseronokan menerokai dunia ilmu.

Read more...

JEJAK MAKLUMAT UPSR 2016

19 MAC - Unit Kecemerlangan UPSR yang bekerjasama dengan Pusat Sumber Sekolah, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Parit Penghulu berjaya mengadakan sekali lagi Program Jejak Maklumat di Taman Botanikal, Ayer Keroh Melaka. Program ini dilangsungkan selama dua hari satu malam bermula 19 Mac 2016 hingga 20 Mac 2016.


Aktiviti ini diwujudkan adalah untuk menyuntik kepekaan murid-murid Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu tentang pentingnya amalan membaca, mengenalpasti teknik-teknik menjawab soalan UPSR yang betul dan mengeratkan hubungan antara sesama rakan.



Antara aktiviti yang diadakan ialah :
           1. Teknik menjawab soalan mengikut subjek :
a.    Bahasa Melayu
b.    Sains
c.    Matematik
d.    Bahasa Inggeris

2. Group walk Challange
3. Paintball game

Klik di sini untuk lebih banyak gambar

Read more...

MERENTAS DESA 2016

2 FEB - Sekitar aktiviti merentas desa yang telah dilangsungkan pada 2 Februari 2016 jam 3.30 petang hingga 5.30 petang.



Klik di sini untuk lebih banyak gambar

Read more...

PEMILIHAN PEMAIN BOLA BALING KAWASAN MERLIMAU TAHUN 2016

3 FEB - SK Parit Penghulu telah dipilih sebagai tuan rumah untuk mengendalikan pemillihan pemain-pemain bola baling yang akan mewakili pasukan Merlimau pada tahun ini. Seramai 18 orang pemain lelaki dan 18 orang pemain perempuan yang berjaya dipilih sebagai atlet yang akan mewakili kawasan Merlimau ke Kejohanan Bola Baling MSSm Negeri Melaka.

Program ini diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu pada 3 Februari 2016 sekitar jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.



klik di sini untuk lebih banyak gambar

Read more...

MAJLIS PELANCARAN NILAM TAHUN 2016

29 JAN -  Majlis pelancaran NILAM untuk tahun ini telah diadakan pada 29 Januari 2016 jam 10.00 pagi bertempat di dewan Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu.

Program ini disempurnakan oleh Pn. Nasriah bt. Rahmat yang merupakan wakil daripada Majalah Lawak Sekolah. Beliau sangat menyarankan murid-murid memberi komitmen dan menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam penglibatan program NILAM pada tahun ini.

Aktiviti pada hari tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran maskot Nobita yang menjadi tarikan dan gimik kepada murid-murid. Pada akhir majlis, Puan Nasriah juga telah sudi menyumbangkan beberapa naskhah buku kepada pihak sekolah khususnya Unit Pusat Sumber Sekolah.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada beliau.



klik di sini untuk lebih banyak gambar

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP